Orang yang bermasalah pendengaran selalu disalah tanggap dengan seorang yang normal kerana kecacatan mereka tidak ketara seperti mereka yang bermasalah penglihatan dan yang terencat akal. Mereka juga kurang mendapat simpati seperti orang yang bermasalah penglihatan. Disebabkan itu, Hellen Keller, yang buta dan pekak, di dalam autobiografinya menyatakan jika dia diberi peluang memilih antara buta dan pekak, dia rela memilih sebagai seorang yang buta. Ini kerana orang bermasalah pendengaran atau pekak berasa terasing. (Herth, 1998).
Kanak-kanak pekak dan yang mengalami masalah pendengaran bukan daripada satu kumpulan yang sama walaupun mereka mengalami masalah pendengaran. Ini kerana, tahap kehilangan pendengaran, jenis pendengaran dan sebab kehilangan pendengaran adalah berbeza dan ini menjadikan setiap kanak-kanak bermasalah pendengaran berbeza antara satu sama lain.
Punca Masalah Pendengaran
Masalah pendengaran berpunca daripada pelbagai faktor iaitu sebelum, semasa dan selepas lahir.
1. Sebelum lahir
- Baka yang disebabkan oleh gen
- Bukan baka (jangkitan semasa hamil, terutama oleh virus seperti rubela, demam glandular dan selsema/semasa hamil, si ibu mendapat penyakit yang berkaitan dengan pemakanan seperti beri-beri dan kencing manis/semasa hamil, si ibu mengambil dadah ataupun bahan kimia seperti kuanin dan streptomycin/toksemia pada peringkat akhir kehamilan/kerap hamil)
2. Semasa lahir
- Masa lahir yang terlalu lama ataupun susah yang menyebabkan tekanan yang kuat pada bahagian telinga.
- Kelahiran tidak cukup bulan.
- Kecederaan semasa dilahirkan, terutama pada bahagian telinga.
- Penyakit hemolisis selalunya yang disebabkan oleh faktor Rh.
3. Selepas lahir
- Kanak-kanak menghidap penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria dan virus seperti beguk dan demam campak.
- Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga.
- Pengambilan antibiotik seperti streptomycin.
- Terdedah pada bunyi yang terlalu kuat dalam jangka masa yang lama.
Jenis Masalah Pendengaran
Tahap kehilangan pendengaran adalah seperti:
- Ringan (mild)
- Sederhana (moderate)
- Sederhan teruk (moderate-severe)
- Pekak
Tanda-tanda Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran
- Kanak-kanak kurang memberi perhatian di dalam kelas.
- Kelihatan selalu berkhayal.
- Butir-butir percakapan yang tidak jelas dan janggal.
- Kelihatan terkejut apabila dihampiri dari belakang.
- Kanak-kanak tidak memahami dan mengikut arahan yang diberi.
- Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran bertutur.
- Sering bertanya mengenai tugasan yang perlu dilakukan.
- Pencapaian dalam pelajaran lemah terutama yang berkaitan dengan bahasa.
Kaedah Komunikasi dengan Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran
- Kaedah auditory oral
- Kaedah bacaan bibir
- Kaedah bahasa isyarat
- Kaedah komunikasi seluruh
- Pertuturan isyarat (cued speech)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan