Kanak-kanak yang mengalami masalah intelek adalah kanak-kanak yang mengalami keadaan perkembangan minda dan daya pemikiran yang kurang ataupun tidak lengkap termasuk kecacatan dalam fungsi intelek dan sosial. Mereka turut mengalami masalah dalam pembelajaran disebabkan tahap mental yang rendah dan kurang ataupun tiada keupayaan dalam mengurus aktiviti seharian. Malah bagi aknak-kanak yang mengalami masalah ini yang teruk, tidak dapat berjalan, bercakap ataupun mengurus diri.
Jenis atau Kategori
Usaha bagi menentukan sama ada kanak-kanak mengalami masalah intelek ataupun tidak adalah bukan perkara yang mudah. Cara yang biasa digunakan adalah kaedah klinikal dan ujian IQ (intelligence quotient).
Berdasarkan ujian IQ, kanak-kanak masala intelek dibahagikan kepada 3 kategori iaitu :
- Ringan - skor IQ 50 hingga 75
- Sederhana - skor IQ 30 hingga 50
- Teruk - skor IQ 30 ke bawah
Punca Masalah Intelek
Grossman (1983) mengenal pasti 9 faktor yang menjadi punca kepada masalah intelek iaitu :
- jangkitan dan toksik akibat minuman keras
- trauma
- metabolisme ataupun pemakanan
- jangkitan di otak
- pengaruh semasa hamil yang tidak dikenal pasti
- kromosom yang abnormal
- gangguan semasa hamil
- gangguan dalam aspek psikiatri
- pengaruh persekitaran
Ciri-ciri Kanak-kanak Masalah Intelek
- Proses kognitif : terhad dan menjejaskan pencapaian dalam bidang akademik
- Perolehan dan penggunaan bahasa : kurang tepat daripada segi struktur dan kandungan
- Keupayaan fizikal dan motor : termasuk penglihatan dan pendengaran serta penggunaan motor halus
- Ciri-ciri peribadi dan sosial : kurang daya tumpuan, menimbulkan masalah tingkah laku

